Wednesday, 3 August 2011

Monday, 4 July 2011

BULAN JANUARI

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

BULAN FEBRUARI

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

BULAN MAC

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

BULAN APRIL

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

BULAN MEI

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

BULAN JUN

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

BULAN JULAI

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

BULAN OGOS

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

BULAN SEPTEMBER

zwani.com myspace graphic comments
Month Graphic Comments

BULAN OKTOBER

zwani.com myspace graphic comments
Month Graphic Comments

BULAN NOVEMBER

zwani.com myspace graphic comments
Month Graphic Comments

BULAN DISEMBER

zwani.com myspace graphic comments
Month Graphic Comments

HARI AHAD


glitter-graphics.com

HARI ISNIN


glitter-graphics.com

HARI SELASA


glitter-graphics.com

HARI RABU


glitter-graphics.com

HARI KHAMIS


glitter-graphics.com

HARI JUMAAT


glitter-graphics.com

HARI SABTU


glitter-graphics.com

Thursday, 30 June 2011

NABI SULAIMAN DENGAN KUBAH AJAIB

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa kehairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

NABI YUNUS DITELAN IKAN NUN

Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah SWT utnuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah SWT untuk berdakwah kepada penduduknya.

Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata-kata. Nabi Yunus mengingatkan mereka supaya menyembah Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".

Nabi Yunus berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah SWT". Berkata Nabi Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah SWT telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."

Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."

Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.

Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah SWT agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.

Allah SWT Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah SWT pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah SWT yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.

Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.

Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.

Ketika Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah SWT mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup-hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan nun dia berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Alalh, mahasuci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku."

Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya: "Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."

Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.

Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.

KISAH NABI SULAIMAN DENGAN SEMUT

Kisah 1

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo'a memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah SWT. Mendengar do'a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.


Kisah 2

Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.

JANGGUT NABI HARUN DUA WARNA

Nabi Musa Alaihisalam telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.

Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri. Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan yang kering itu. Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang ditungganginya tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.

Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunngangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.

Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada emas murni. Setelah siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas tapak kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.

Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi Harun terus melarang mereka meyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.

Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

ISYRAK DAN MIKRAJ

ISYRAK DAN MIKRAJ


Pada suatu malam, Nabi Muhammad s.a.w. bermalam di rumah Ummu Hani, iaitu anak perempuan dari bapa saudaranya, Abu Talib. Pagi-pagi benar, sebelum matahari terbit dan sehabis sembahyang, Nabi duduk bersama-sama dengan Ummu Hani bercakap-cakap: "Ya, Ummu Hani," demikianlah Nabi Muhammad memulai kata-katanya. " Malam tadi saya sembahyang bersamamu di sini, kemudian setelah itu saya diisyrakkan ke Baitui Maqdis dan sekarang saya sudah berada kembali di tempat ini bersamamu. Saya ingin menceritakan perjalanan saya ini kepada kaum kita sekarang juga, agar mereka mengetahui pula akan nikmat dan kudrat Allah Yang Maha Besar."
Ummu Hani adalah salah seorang yang telah beriman penuh, kuat Islamnya dan tidak ragu-ragu lagi tentang kebenaran apa saja yang dihuraikan Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi dia tahu benar akan sifat dan tabi'at umumnya bangsa Quraisy. Sebab itu dia khuatir, kalau cerita luarbiasa ini akan menggoncangkan suasana bangsa Quraisy, mungkin menjadi alasan bagi mereka, untuk mendustakan dan tidak percaya kepada Nabi Muhammad; lalu dia berkata kepada Nabi: "Ku peringatkan kepadamu, ya anak pamanku, bahawa jika engkau ceritakan kejadian luarbiasa ini, bangsa Quraisy akan mengengkari kerasulan dan kebenaran engkau. Dari itu, ku minta agar kejadian ini janganlah diumumkan kepada mereka."
Tetapi Rasulullah berkewajipan menyampaikan apa saja yang terjadi berhubung dengan kerasulannya itu, tidak takut akan diejek atau diengkari orang. Nabi lalu menuju menemui orang banyak, sedang Ummu Hani makin bertambah besar juga kekhuatirannya. Ummu Hani mengutus anak perempuan yang menjadi budaknya sendiri, anak tempat dia menyimpan rahsia dan dipercayai sepenuh-penuhnya, Nab'ah namanya, untuk mengiringkan Rasulullah. Tidak lama kemudian Nab'ah kembali memberikan laporan kepada Ummu Hani dengan berkata: "Mula-mula Rasulullah pergi ke lapangan antara Kaabah dengan Telaga Zamzam dimana bertemu dengan Abu Jahal. Dengan berolok sebagaimana kebiasaannya setiapkali bertemu dengan Rasulullah, Abu Jahal berkata kepada Nabi:
"Ada pulakah khabar baru, ya Muhammad?"
Nabi menjawab: "Ya, ada, malam tadi saya diisyrakkan ke Baitul Maqdis."
"Wah, sekarang engkau telah berada di sini kembali?" sanggah Abu Jahal terhadap Nabi.
"Ya," jawab Rasulullah pula.
"Bolehkah khabar ini saya siarkan kepada semua orang Quraisy?" tanya Abu Jahal.
Jawab Nabi: "Boleh saja."
Dengan cepat sebagai kilat, Abu Jahal berseru-seru kepada bangsa Quraisy, agar berkumpul ke situ semuanya.
Mendengar cerita Nab'ah itu, Ummu Hani mempersilakan Nab'ah duduk, agar cerita itu lebih tenteram diceritakannya dan pula sangat menarik perhatiannya. Nab'ah lalu meneruskan laporannya.
"Dalam sebentar waktu saja saya lihat seluruh bangsa Quraisy, penduduk kota Makkah datang berkumpul ke tempat itu, bersama-sama Abu Jahal melingkari Nabi Muhammad s.a.w. Abu Jahal lalu mempersilakan Nabi menceritakan ceritanya. Nabi lalu berkata:
"Saya sudah diisyrakkan ke Baitul Maqdis, saya sudah dipertemukan dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang silam, di antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain, dan sudah bersembahyang dengan mereka bersama-sama."
Abu Jahal lalu berkata kepada Nabi dengan mengejek: "Cuba terangkan kepada kami bagaimana rupanya Nabi-nabi yang engkau jumpai itu?"
Jawab Nabi: "Nabi Isa agak tinggi, tetapi tidak terlalu panjang, kulitnya kemerah-merahan danjanggutnya tebal. Nabi Musa gemuk dan hitam kulitnya, tampaknya sebagai orang yang gagah berani. Adapun Nabi Ibrahim, demi Allah, belum pernah saya jumpai seorang manusia seperti dia, tidak seorang pun di antaramu dapat menyamainya."
Orang banyak lalu menuntut kepada Nabi, supaya Nabi menunjukkan bukti-bukti yang nyata atas perjalanannya itu. Nabi lalu berkata: "Saya berjumpa dengan segerombolan unta kepunyaan si polan, di padang pasir yang begitu-begini (diterangkan Nabi sifat-sifat keadaan padang pasir itu), salah seekor unta terkejut lari tersesat, lalu saya tunjuki jalannya sedang saya ketika itu menghadap ke arah negeri Syam. Lalu saya datang pada sebuah bukit di sana (Dhajnan), bertemu pula saya dengan unta kepunyaan seseorang, saya dapati manusia yang berpergian dengan rombongan unta-unta itu, semuanya dalam keadaan tidur nyenyak. Salah seekor unta itu masih berumur dua tahun dan berwarna putih, didahului oleh unta jantan yang berwarna keabu-abuan yang membawa dua kendi besar, masing-masing kendi itu berwarna hitam dan berwarna campuran, antara hitam dan putih."
Mendengar itu, Ummu Hani lalu bertanya kepada Nab'ah:
"Bagaimana penerimaan bangsa Quraisy sesudah mendengar dan mengetahui bahwa tanda-tanda itu betul semuanya?"
"Saya lihat mereka heran tercengang-cengang, menggerak-gerikkan kepala, tetapi akhirnya mereka berteriak sekuat-kuat suara, mereka mengengkari kebenaran cerita Nabi Muhammad s.a.w. itu.
"Lalu saya lihat seorang yang bernama Mut'im bin Adi berdiri dan berkata kepada Nabi: "Kenapa hari ini engkau biasa saja, ya Muhammad, sedang engkau baru mengalami kejadian yang ajaib itu? Kami dengan mempergunakan unta yang secepat-cepatnya pergi ke Baitui Maqdis sebulan lamanya dan kembalinya sebulan pula lamanya, sedang engkau mengatakan hanya semalam saja. Demi Lata dan demi 'Uzza, saya tidak percaya akan kata-katamu, engkau orang yang pembohong."
Mendengar cerita Nab'ah yang terakhir itu, Ummu Hani menjadi sedih, mukanya suram sembab, airmata mengalir setitis demi setitis dari matanya membasahi pipinya.
Dalam pada itu Nab'ah meneruskan ceritanya: "Sehabis Mut'im itu, lalu tampil Abu Bakar berkata kepada Nabi: Saya percaya sepenuhnya atas apa yang engkau ceritakan itu, ya Muhammad. Sekalipun lebih jauh dari itu, saya percaya juga. Saya percaya semua kabar-kabar langit yang dibawa Muhammad itu, apakah saya tidak percaya akan kabar perjalanan yang begitu, perjalanan yang dikuasakan Allah Yang Maha Kuasa atas NabiNya? Tidak ada yang mustahil bagi Allah sekalipun menjalankan hambaNya dengan lebih jauh dan lebih cepat dari itu.
"Umumnya kaum Muslimin mengikut perkataan Abu Bakar, membenarkan akan perjalanan Nabi, selain sebahagian kecil saja yang murtad, kembali mendustakan Nabi dan Agama Islam, iaitu terdiri dari orang-orang yang masuk Agama Islam kerana kebendaan, bukan kerana keinsafan dan kesedaran."
Mendengar itu Ummu Hani lalu berdiri girang dan berkata:
"Orang-orang yang mengaku Islam hanya dengan mulut itu, tidak dengan hati, memang lebih baik keluar dari barisan ummat Islam. Sebab perjuangan Islam bukan menjadi kuat dengan orang yang ragu-ragu dan muzabzabin, orang-orang yang lemah imannya, malah mereka akan melemahkan saja akan barisan ummat Islam yang sedikit, malah membahayakan. Maha Suci Allah yang telah menyisihkan orang-orang itu dari kita."

Thursday, 16 June 2011

BURUNG KAKAK TUA

Burung kakaktua
hinggap di jendela
Nenek sudah tua
giginya tinggal dua
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Trek-jing … trek-jing …
Trek-jing tra-la-la
Trek-jing … trek-jing …
Trek-jing tra-la-la

Trek-jing … trek-jing …
Trek-jing tra-la-la
Burung kakaktua

WIRA SEKOLAH

Budin, Mogan, dan Kim berkawan baik. Mereka tinggal di Taman Muafakat.

      Pada suatu hari, mereka pergi memancing. Mereka memancing ikan di sebatang sungai. Air sungai itu dalam.Mereka asyik memancing.

      Tiba-tiba terdengar suara orang minta tolong. "Tolong! Tolong!" bunyi dari arah sungai.

      Mereka mencari suara itu.[Image]  "Ada budak lemas," kata Kim.

      Budin pandai berenang. Dia terus terjun ke dalam sungai.

      Mogan terus berlari ke rumah. Kim pula berlari ke pondok telefon. Kim memberitahu kepada polis.Sebentar kemudian polis dan Pasukan Penyelamat pun sampai.

      Kemudian, ibu bapa kepada kanak-kanak itu juga sampai. Di tebing sungai, mereka mencari Budin. Mereka nampak Budin sedang menolong budak lemas.

      Budin membawa budak itu ke tebing sungai. [Image] Pasukan Penyelamat dan polis pun membantu Budin. Budak lemas itu dibawa ke hospital.

      Di sekolah ada perhimpunan. Guru Besar memuji Budin dan kawan-kawannya. Mereka berani dan bermuafakat menolong budak lemas. Semua guru dan murid mengucapkan tahniah kepada Budin dan kawan-kawannya. Guru Besar mengelarkan mereka wira.

      Mereka digelarkan Wira Sekolah. [Image]

KERETAPI

Cus cus cus keretapi,
Cus cus cus cus bunyinya
Laju-laju ke depan hebat sekali
Tar tar tar bunyi roda
Pon pon bunyi semboyan
Saya sangat gembira
Bersama kawan-kawan

BAPAKU PULANG

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh kubawa ke sekolah

Pon pon pon pon pon ponpon ponpon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek

ARNAB DAN KURA-KURA

ARNAB SEEKOR HAIWAN YANG SOMBONG, DIA SELALU MENGEJEK KURA-KURA. OLEH KERANA KURA-KURA BERJALAN LAMBAT. SANG KURA-KURA AMAT MARAH,SANG KURA-KURA MENCABAR ARNAB BERLARI, ARNAB BERASA GELI HATI KERANA KURA-KURA YANG KECIL SERTA BERJALAN LAMBAT ITU MENGAJAKNYA BERLUMBA LARI.SANG ARNAB MENERIMA CABARAN SANG KURA -KURA .PADA WAKTU PERTANDINGAN ARNAB BERLARI LAJU SEMENTARA KURA-KURA BERL

ARI SECEPAT MUNGKIN .DI PERSIMPANGAN JALAN ARNAB TERJUMPA KEBUN LOBAK .ARNAB MAKAN SEHINGGA KENYANG OLEH KERANA TERLALU PENAT ,ARNAB PUN TERTIDUR .KURA-KURA TERNAMPAK ARNAB SEDANG TIDUR ,KURA-KURA PUN BERJALAN PERLAHAN-LAHAN SUPAYA ARNAB TIDAK TERJAGA ,APABILA ARNAB BANGUN KURA-KURA TELAH MENANG.ARNAB BERASA SANGAT MALU LALU DIA PUN MEMINTA MAAF KEPADA KURA-KURA,SEJAK PERISTIWA ITU ARNAB PUN MENJADI KAWAN BAIK KURA-KURA.

MOHD IRFAN FARHAN B MOHD SIDEK TOKOH OLAHARAGAWAN PRASEKOLAH DAERAH BATU PAHAT

Tapi sayang..... ifan tak dapat pergi keperingkat negeri kerana sakit gigi

MOHD RIDZWAN B ROSLI TOKOH OLAHRAGAWAN ZON PENGGARAM 2011

PRASEKOLAH SK BUKIT SOGA MENJADI JOHAN OLAHRAGA ZON PENGGARAM 2011

Tuesday, 31 May 2011

SELAMAT BERCUTI


click to create your own

Sunday, 29 May 2011

PRASEKOLAH MUTIARA 2

Tuesday, 24 May 2011

PRASEKOLAH MUTIARA 1